BOSAN

KENAPA perlu bosan sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan dalam hidup kita.Apa yang kita lalui setiap hari tidak mungkin akan membosankan kita jika kita menghargai apa jua yang kita lakukan.Mungkin sesetengah daripada kita melakukan perkara yang hampir sama setiap hari.Jika bagi seorang pelajar mungkin akan merasa bosan dengan asyik mengadap buku dan memegang pen.Berkemungkinan pelajar itu hanya belajar untuk menyiapkan tugasan semata-mata tanpa menilai sedetik waktu yang dihabiskan semasa memegang buku dan juga pen.Jika seseorang pelajar merasakan waktu belajar itu adalah tanggungjawab serta sesuatu yang akan membantu mereka kelak,sudah pastinya mereka berusaha untuk menggunakan setiap saat yang dihabiskan itu.Siapa jua yang menganggap masa itu adalah emas, sudah pasti masa mereka akan terluang dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.Ini kerana masa tidak akan berputar kebelakang walaupun sesaat.Jika anda hayati sebenar-benar putaran hidup anda, apa yang anda telah lakukan lalu cuba memperbaiki kesilapan lalu.Saya pasti yang anda akan cuba menghakis perasaan BOSAN itu..

ROS MERAH

rose Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan
Ramai wanita yang suka apabila mereka dihadiahkan bunga ros.Tidak kisah sama ada sekuntum mahupun sejambak.Bunga ros pula terdapat dapat beberapa jenis warna.Salah satu daripadanya ialah warna merah.Tahukah anda  setiap kuntuman bunga ros serta warna yang diterima itu mempunyai makna tersendiri? Di sini saya ingin berkongsi beberapa info tentang bunga ros.

Merah  
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian 
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”. 

- Pink   


Menunjukkn kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati

Putih



Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”

Peristiwa 24hb Nov 2012 (Taman Guru)


 Photo: Kebakaran berlaku di rumah anak yatim pda pkul 10 lbih td..subhanallah.. :(


    Lebih kurang jam 10.00 malam pada 24hb Nov 2012 saya baru sahaja siap mengemaskini modul di dalam fail kuliah. Kemudian saya dan rakan-rakan sebilik berhasrat untuk menonton `movie' di komputer riba.Hampir sahaja movie Inggeris tu nak bermula, tiba-tiba kami mendengar satu letupan yang amat kuat sehingga terasa gegarannya.Kami terus mengintai dari tingkap bilik dan mengagak berlaku kemalangan yang melibatkan lori besar.Salah seorang rakan sebilik perasan yang rumah anak-anak yatim yang berada di seberang jalan sedang marak terbakar.Kami sebilik jadi tidak tentu arah, perasan kasihan serta takut yang bersilih ganti.Rakan sebilik dengan tiba-tiba meminta saya membuat panggilan kecemasan 999.Kebetulan saya sedang memegang hp dan dengan tangan terketar-ketar saya terus mendail.Malangnya panggilan terputus sebelum sempat saya bercakap.Lalu dengan pantasnya rakan mencapai hp nya dan terus mendail.Kami semua jadikelam kabut.Rakan-rakan di bilik lain juga seperti kami.Tiba-tiba

Hadis

Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”

(Ahmad dan at-Tabrani)

Mutiara Kata

Hindarilah bergurau, karena bergurau dapat melenyapkan cahaya imanmu. 
 
 
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
(Khalifah Ali bin Abi Talib).

Hadis


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”

Riwayat at-Tirmidzi

Hadis

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang tidak terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."

Abu Daud dan at-Tirmidzi

Motivasi


Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga .
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari 
 daripada kita dengan hujan yang lebat.

Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan berhenti,


Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita.

Dendeng Daging


 Dagingnya dihiris nipis dan digoreng garing dan rapuh bila digigit.Daging jenis itu bukan sekadar dihiris dan kemudian digoreng, tetapi prosesnya begitu rumit untuk disediakan.Bahagian daging yang sesuai digunakan ialah yang tidak mempunyai lemak ataupun urat.
    Daging yang dihiris nipis itu sebenarnya bukan direbus dengan ramuan tertentu ataupun terus digoreng begitu sahaja sehingga garing.
    Proses sebenarnya

Hadis

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."

Abu Hurairah r.a

Motivasi Diri

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat. 
 
Rasulullah (saw) bersabda: Jika cahaya keimanan sudah masuk ke 
 dalam hati, maka hati akan menjadi lapang. Para sahabat bertanya:bagaimana tanda-tanda itu ya Rasulullah? Beliau berkata: beramal untuk bekal di hari akhirat, menjauhi kehidupan duniawi yang menipu dan bersiap-siap menjemput kematian sebelum ia mendatanginya.
 

Quotes


Orang yang paling jahat daripada penyebar fitnah adalah orang yang suka mendengarkan mereka. Justeru, tidak akan ada penyebar fitnah apabila tidak ada yang mendengarnya. 
 
 
 

KHASIAT SURAH



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-