KADANG-KADANG

        Fikiran melayang ntah kemana,jari-jemari tak senang duduk,perasaan bercelaru,emosi bercampur,jiwa meronta..Aku mempunyai perasaan ini di saat aku duduk bersendirian.Ketika itu aku mengelamun ntah kemana.Tak keruan dibuatnya.Terasa begitu sunyi dan sepi tatkala aku berada bersendirian.Pelbagai perkara yang melintasi akal fikiran yang membuat aku terdiam membisu 1000 bahasa.Aku bertanya kepada diri sendiri, "adakah ini yang aku mahukan?" atau "adakah ini silap dari sikap aku?"aku buntu lalu kucapai hp yang berada di sisi melihat masa dan hari yang begitu cepat berlalu.Debaran yang terasa seperti kilat sambar menyambar.Aku teringat kata-kata semangat dari seseorang yang begitu dekat dengan aku sekarang.Beliau adalah sumber inspirasi aku.Melihatnya membuat aku berasa bahagia dan semangat yang meronta-ronta....

0 idea menarik: