TeLuk CeMpEdaK

Wow!First time dapat jejak kaki dekat Pantai Teluk Cempedak..Pemandangan yang cantik sangat,kebersihan yang membuatkan mata terpukau..Pokoknya enak sekali tempatnya.hehe..Jom saya nak kongsi cerita saya pergi berkelah dengan rakan saya ke sana..Hari Ahad bertarikh 09.12.2012 saya,Effa,Leha,Ema dan Zati bersiap-siap nak pergi te Teluk Cempedak (TC) tu konon-konon nak berkelah lah..kitaorang masak bihun goreng tomyam,buat kuih apam and keropok goreng..Sebotol air masak dan sebotol air berperisa asam masin..Lepas dah siap preparation yang tak dirancang tu,kitaorg pun siap-siap nak keluar tunggu bus.Almaklumlah nak manfaatkan perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang percuma sebulan tu..Tapi nasib kitaorg kurang baik sebab
lama dekat sejam tunggu bas,habuk pun takde..Langit pulak gelap mendung nak hujan,kitaorg pun decide naik teksi je.Naik sampai Terminal Makmur je sebab nak jimat..tapi sesampai dekat terminal tu kitaorg mengalami kesulitan sikit..Sebabnya pakcik yang bawak teksi tu berkeras cakap tambang RM16,sedangkan selalu kitaorg naik RM2.50 sorang..nak tak nak kitaorg pun bayar je lah.Then kawan kitaorg si Ema tu jemput dekat Terminal Makmur..dengan bawa makanan lagi..Lastly kitaorg pun sampai dekat Pantai Teluk Cempedak tu..perhhh...Tanpa tikar kitaorg duduk atas rumput karpet yang bersih tu,,apalagi tunggu,kitaorg pun buka lah makanan yang kitaorg bawa tu..dalam hujan gerimis yang dingin tu kami makan bersantai sambil melihat gelagat pelancong dan orang tempatan yang beriadah di sana..Lepas dah menjamu selera,kitaorg pun mulakan aktiviti yang menyeronokkan..nak tahu apa dia??nantikan page selanjutnya,,,Assalamualaikum...

0 idea menarik: