
lampu di asrama kami blackout.Kami masing-masing mencapai sesuatu untuk menutup kepala lalu turun ke tingkat bawah.Warden membuka pintu keluar dan kami lihat penjaga rumah anak-anak yatim itu sedang berlari mengendong anak kecil.Sementara menunggu pihak bomba tiba,kami menyaksikan kejadian yang berlaku di hadapan mata sambil hanya mampu berdoa supaya tiada sesiapa yang terkorban di dalam kebakarn itu.Tiba-tiba satu lagi letupan yang berlaku di hadapan mata kami.Bercucuran air mata yang jatuh mengenangkan andaikata ada anak-anak kecil di dalam rumah itu. Sejurus pihak bomba tiba dalam 5 minit selepas panggilan,Pihak bomba terus berusaha memadamkan api yang marak yang menyebabkan asap berkepul-kepul.Akhirnya api berjaya dipadamkan setelah hampir 15 minit bertungkus-lumus memadamkan api itu.Pihak bomba juga memastikan yang tiada mangsa berada di tempat kejadian.Alhamdulillah ternyata tiada seorang pun yang menjadi mangsa.Walaupun begitu, saya tetap menjadi trauma kerana kejadian kebakaran ini berlaku di hadapan saya dan ternyata sukar dilupakan.Bersama-samalah kita menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan peringatan supaya kita dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
0 idea menarik:
Post a Comment