Dendeng Padang

  Dagingnya dihiris nipis dan digoreng garing dan rapuh bila digigit.Daging jenis itu bukan sekadar dihiris dan kemudian digoreng, tetapi prosesnya begitu rumit untuk disediakan.Bahagian daging yang sesuai digunakan ialah yang tidak mempunyai lemak ataupun urat.
    Daging yang dihiris nipis itu sebenarnya bukan direbus dengan ramuan tertentu ataupun terus digoreng begitu sahaja sehingga garing.
    Proses sebenarnya
ialah daging yang dihiris nipis dan diperap selama lebih kurang tiga jam dengan bahan ramuan dijemur sehingga kering.Kemudian barulah digoreng garing.Dendeng jenis ini dimakan dengan sambal cili merah.Sambal cili merah Padang itu juga ada cara khusus memasaknya.Biasanya kita orang Melayu kalau menumis sambal cili merah akan mencampurkan sedikit air asam jawa ataupun asam gelugor.Tapi lain bagi orang Padang, sambal cili merah mereka tidak menggunakan dua elemen itu tetapi perahan air limau. Kata mereka menggunakan air perahan limau sambal lebih tahan lama dan warnanya tidak menjadi lebam.

RESIPI DENDENG BATAKOK

BAHAN REBUS
1/2 kg daging batang pinang
2 sudu besar asam jawa
1sudu besar garam
Air untuk merebus secukupnya


BAHAN SAMBAL
8 ulas bawang merah
20 tangkai cili hijau
2 keping daun limau purut
1 biji limau nipis
Garam secukupnya 


CARA MEMBUAT

  • Rebus daging dengan asam jawa dan garam sampai daging empuk.Angkat dan sejukkan.
  • Potong daging nipis tetapi lebar.
  • Jika daging belum empuk (telah dihiris nipis tadi) rebus lagi sampai daging empuk.Angkat dan biarkan dulu sejam supaya bahan rebusan tadi meresap dalam daging.
  • Setelah sejuk, pukul-pukul daging hingga berbentuk melebar dan nipis.
  • Goreng daging yang sudah dipukul tadi di atas api sedang.Goreng jangan sampai garing
  • Susun daging di atas piring, letakkan sambal lada hijau di atasnya.
  • Untuk membuat sambal lada hijau, tumis bawang dan cili sampai layu.Masukkan perahan air limau,daun limau purut dan garam.


0 idea menarik: