BOSAN

KENAPA perlu bosan sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan dalam hidup kita.Apa yang kita lalui setiap hari tidak mungkin akan membosankan kita jika kita menghargai apa jua yang kita lakukan.Mungkin sesetengah daripada kita melakukan perkara yang hampir sama setiap hari.Jika bagi seorang pelajar mungkin akan merasa bosan dengan asyik mengadap buku dan memegang pen.Berkemungkinan pelajar itu hanya belajar untuk menyiapkan tugasan semata-mata tanpa menilai sedetik waktu yang dihabiskan semasa memegang buku dan juga pen.Jika seseorang pelajar merasakan waktu belajar itu adalah tanggungjawab serta sesuatu yang akan membantu mereka kelak,sudah pastinya mereka berusaha untuk menggunakan setiap saat yang dihabiskan itu.Siapa jua yang menganggap masa itu adalah emas, sudah pasti masa mereka akan terluang dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.Ini kerana masa tidak akan berputar kebelakang walaupun sesaat.Jika anda hayati sebenar-benar putaran hidup anda, apa yang anda telah lakukan lalu cuba memperbaiki kesilapan lalu.Saya pasti yang anda akan cuba menghakis perasaan BOSAN itu..

0 idea menarik: